Alhamdulillah, kini pusat rawatan dan cawangan kami telah mendapat
perhatian daripada masyarakat yang memerlukan khidmat rawatan kami.
InsyaAllah kami akan berusaha untuk membantu anda dengan izin-Nya.
Pusat rawatan kami ada menyediakan pelbagai jenis rawatan seperti
rawatan bekam wanita, bekam lelaki, urut badan wanita, urut badan
lelaki, urut batin lelaki, gurah wanita, gurah lelaki, rawatan aura seri
wanita, rawatan aura seri lelaki, rawatan ruqyah wanita, rawatan ruqyah
lelaki dan rawatan resdung (asap-PJ sahaja).
Setiap cawangan mempunyai rawatan yang berbeza. Sila rujuk ruangan "CAWANGAN KAMI" ada tertulis jenis-jenis rawatan yang disediakan. Oleh kerana semakin ramai yang datang berkunjung, berikut ialah sedikit PANDUAN dan TIPS untuk anda SEBELUM DATANG.

- Untuk TEMUJANJI anda digalakkan lebih AWAL untuk SMS
- nama, jenis rawatan, berapa orang, tarikh dan masa. Jika anda
mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan sila hubungi terus bagi
menjimatkan masa kami.
- Untuk TEMUJANJI YANG TELAH DIBUAT - sila hadirkan diri tepat pada waktu bagi melancarkan jadual temujanji kami dengan pesakit lain pula. Sekiranya anda terlambat, sila SMS @ hubungi kami untuk makluman segera.
- Kepada mereka yang "WALK-IN" - anda perlulah bersabar untuk menunggu giliran anda. Kami perlu utamakan mereka yang telah buat tempahan temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan ketidakpuasan hati pelanggan kami.
- Kepada mereka yang telah buat TEMUJANJI tapi TERPAKSA MENUNGGU - kami mohon harap maaf
kerana pada masa tertentu kami perlukan masa untuk membersihkan
peralatan kami yang telah banyak digunakan agar dibasuh dengan bersih
dan perlu di UV Sterillizer
terlebih dahulu sebelum digunakan semula. Ini bagi memastikan
kebersihan dan mengelakkan jangkitan penyakit atau kuman daripada
berlaku.