Untuk mengatasi masalah alahan resdung cuba amalkan petua-petua berikut:
- Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
- Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
- Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
- Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
- Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
- Selalu basuh barang permainan yang lembut.
- Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
- Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
- Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
- Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
- Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.
Caj Rawatan Bekam: RM5 per cup (min 4cup)
Caj Rawatan Gurah: RM50 seorang
No comments:
Post a Comment