Monday 25 March 2013

GURAH BAIK PADA WAKTU MALAM


 
Bagi mereka yang inginkan rawatan gurah bagi mengatasi masalah seperti resdung, gatal-gatal pada muka, berjerawat, masalah berkahak, selsema, batuk, sakit kepala, mata rabun, tidur berdengkur dan asma bolehlah hubungi kami untuk temujanji anda.

Waktu yang sesuai untuk rawatan ini adalah pada waktu malamPada waktu itu cuaca sejuk, nyaman dan tidak bising.  Ini memberi ketenangan ketika gurah dilakukan dan memudahkan proses gurah berjalan dengan lancar.  Pesakit perlulah di dalam keadaan yang tenang, tidak gelisah atau kepanasan.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Gurah Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Gurah Lelaki).

Caj Rawatan Gurah: RM50 / 45 minit / 3 bulan sekali

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Wednesday 20 March 2013

KERAP BERSIN PAGI PETANDA TERKENA RESDUNG

 

Bagi individu yang kerap bersin pagi dan alahan pada habuk, itu petanda anda sudah menghidapi penyakit resdung di mana banyak lendiran kotor yang dipenuhi bakteria telah berkumpul di rongga hidung, muka dan kerongkong.  Anda disyorkan mengeluarkan semua lendiran kotor tersebut meggunakan kaedah gurah kerana kaedah gurah ini amat-amat efektif dalam menarik semua lendiran kotor tersebut dan ia keluar melalui mulut dan hidung.  Setelah semua lendiran kotor keluar, hidung anda akan rasa nyaman dan tidak tersumbat lagi, suara anda akan makin ringan dan lunak serta anda tidak bersin lagi pada waktu pagi dan alahan pada habuk juga.

Thursday 7 March 2013

GURAH MENCUCI SUARA

30 September 2012   Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
LEBIHAN lendir menyempitkan rongga hidung seterusnya mengganggu kelancaran pernafasan dan penghasilan suara dengan sempurna.

DALAM perubatan tradisional, ada beberapa kaedah pengubatan yang berupaya mengeluarkan toksin secara langsung daripada tubuh sekali gus membuatkan pesakit berasa lega. Antaranya rawatan bekam, resdung dan gurah.

Mungkin ramai yang sudah biasa mendapatkan rawatan resdung dan pernah mendengar ataupun melihat sendiri cara berbekam, namun, rawatan gurah memang jarang-jarang diperkatakan.

Menurut seorang pengamal perubatan gurah, Muhammad Razali Ahmad, 37, kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak.

“Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

“Bagi yang kerap berdengkur, rawatan ini turut membantu pelanggan mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

“Begitupun, buat pelanggan yang mahu mengurangkan dengkuran, mereka perlu menjalani rawatan lebih kerap berbanding pesakit biasa, lama-kelamaan, insya-Allah, masalah dengkur mereka akan beransur hilang,” kata Muhammad Razali.

Menurutnya, kaedah rawatan yang menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih itu biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

“Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

“Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

“Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut.

“Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah, ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar bersama,” ujar Muhammad Razali lagi.

Dengan bayaran RM50 bagi sekali rawatan, lendir yang dikeluarkan pesakit akan dipastikan benar-benar bersih sebelum sesi tersebut dianggap selesai.

Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Lancar

“Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi,” ujar Muhammad Razali.

Katanya lagi, apabila terlalu banyak lendir di dalam kerongkong dan rongga hidung, saluran pernafasan menjadi sempit. Bayangkan jika lendir itu sudah berkumpul di situ bertahun-tahun lamanya, pasti sedikit sebanyak ia menjejaskan fungsi rongga yang dahulunya lapang.

Walaupun tidak memberi kesan sakit secara langsung, kehadiran lambakan lendir di kawasan tersebut mengganggu kelancaran pernafasan dan suara.

“Kebanyakan pelanggan yang datang mendapatkan rawatan di sini sering mengadu sukar untuk menarik suara dalam nada tinggi ataupun panjang.

“Biasanya apabila sudah terlalu banyak lendir, tidak banyak angin yang boleh memasuki rongga hidung dan kerongkong. Keadaan ini menyebabkan dada cepat mengah dan suara mudah ‘tersepit’.

“Seperti meniup belon, bila kita tiup, ia mampu menyimpan banyak angin, jika kita lepaskan, pengaliran udara yang keluar juga lancar, tetapi jika kita kepitkan jari di mulut belon, pastinya angin susah nak keluar dan bunyinya juga membingitkan telinga, begitu juga kaitan antara rongga yang luas, udara dan suara,” jelas 
Muhammad Razali panjang lebar.

Walaupun banyak manfaat rawatan pembersihan kerongkong dan rongga hidung ini, pelanggan tidak digalakkan melakukannya secara kerap.

“Paling ideal, ia dilakukan tiga bulan sekali. Jika terlalu kerap, lendir belum banyak terkumpul. Dikhuatiri proses pembersihan tersebut akan memedihkan rongga hidung pula,” ujarnya yang belajar mengendalikan rawatan gurah daripada seorang pakar gurah di Pahang.

Biarpun kaedah rawatan ini nampak mudah, Muhammad Razali tidak menggalakkan pelangannya melakukan proses pembersihan lendir ini sendirian di rumah.

“Jika tidak kena teknik memasukkan air rebusan kayu itu tadi, mungkin rawatan ini tidak menjadi,” katanya yang menyediakan rawatan untuk pesakit lelaki sahaja.

Untuk mendapatkan rawatan ini boleh hubungi:-
  1. Muallij Ahmad 019-307 9883 @ Pn Nott 019-285 2849 - Section 7, Shah Alam
  2. Muallij Aswat 017-209 2307 @ Pn Mimi 017-684 5026 - Puncak Alam, Kuala Selangor
  3. Muallij Zali 012-346 3416 @ Pn Fatin 017-625 3146 -Taman Dato Haron, Jalan Klang Lama
  4. Muallij Kamar 017-305 2944 -Jalan Kopi, Meru, Klang
  5. Muallij Shazry 017-403 4940 @ Pn Ana 017-424 0064 -Sg Petani, Kedah 
Caj Rawatan: RM50/sesi/45 minit

Friday 1 March 2013

RAWATAN GURAH BANTU ATASI HIDUNG BERAIR, SELSEMA DAN BERKAHAK

Keadaan cuaca pada hari ini adalah tidak menentu dan kerap hujan sejak kebelakangan ini.  Pasti ramai di antara anda tidak kira lelaki mahupun wanita, kanak-kanak, remaja atau dewasa ada mengalami masalah hidung berair atau selsema.  Sukar tidur kerana hidung tersumbat, berkahak serta tidur berdengkur.

Bagi mengatasi masalah tersebut, anda dicadangkan untuk buat rawatan gurah bagi mengeluarkan lendir di dalam dada anda.  Kaedah ini menggunakan rebusan akar kayu herba yang dicampurkan dengan madu.  Proses ini mengambil masa selama 45 minit.  InsyaAllah, anda akan berasa ringan, dada terasa lapang dan masalah hidung dapat diatasi.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849. Pusat rawatan kami terletak di Section 7, Shah Alam.

Caj Rawatan Gurah:  RM50/sesi/45 minit

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)