Monday 29 April 2013

KERONGKONG BERKAHAK, SELSEMA, SAKIT KEPALA

   
Sekiranya anda selalu mengalami masalah kerongkong yang berkahak, kahak berketul dan susah dikeluarkan atau lendir hingus yang tersumbat sehingga menyebabkan sakit kepala, segeralah hubungi kami untuk dapatkan rawatan gurah.

Caj Rawatan Gurah: RM50 / 45 minit / 3 bulan sekali 

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Wednesday 24 April 2013

MINGGU BEKAM SUNNAH KEMBALI LAGI

Kepada mereka yang nantikan minggu bekam sunnah bolehlah hubungi kami untuk temujanji rawatan anda kepada Pn Nott di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883.  Selain itu, anda juga boleh hubungi cawangan kami yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.  Sila rujuk 'CAWANGAN KAMI'.

Photo: MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI...

28 April 2013 (Ahad) = 17 Jamadil Akhir 1434H
30 April 2013 (Selasa) = 19 Jamadil Akhir 1434H
2 May 2013 (Khamis) = 21 Jamadil Akhir 1434H

Untuk temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 atau layari:-
www.rawatanbekam.net @ www.bekamdanwanita.blogspot.com @ www.rawatanterapigurah.blogspot.com @ www.rawatanauraseri.com @ www.bekamresdung.com

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

28 April 2013 (Ahad) = 17 Jamadil Akhir 1434H
30 April 2013 (Selasa) = 19 Jamadil Akhir 1434H
2 May 2013 (Khamis) = 21 Jamadil Akhir 1434H

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

KETAHUI TENTANG TAPAK KAKI KITA

Organ-organ kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat jantung adalah di kaki kiri.
Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita.  

Allah SWT telah menciptakan badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini.  Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itu, berjalan adalah amalan menjaga kesihat yang paling baik.

Wednesday 10 April 2013

CARA BUAT TEMUJANJI UNTUK RAWATAN


Alhamdulillah, kini pusat rawatan dan cawangan kami telah mendapat perhatian daripada masyarakat yang memerlukan khidmat rawatan kami.  InsyaAllah kami akan berusaha untuk membantu anda dengan izin-Nya.

Pusat rawatan kami ada menyediakan pelbagai jenis rawatan seperti rawatan bekam wanita, bekam lelaki, urut badan wanita, urut badan lelaki, urut batin lelaki, gurah wanita, gurah lelaki, rawatan aura seri wanita, rawatan aura seri lelaki, rawatan ruqyah wanita, rawatan ruqyah lelaki dan rawatan resdung (asap-PJ sahaja).
Setiap cawangan mempunyai rawatan yang berbeza.  Sila rujuk ruangan "CAWANGAN KAMI" ada tertulis jenis-jenis rawatan yang disediakan.  Oleh kerana semakin ramai yang datang berkunjung, berikut ialah sedikit PANDUAN dan TIPS untuk anda SEBELUM DATANG.

 
  • Untuk TEMUJANJI anda digalakkan lebih AWAL untuk SMS - nama, jenis rawatan, berapa orang, tarikh dan masa.  Jika anda mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan sila hubungi terus bagi menjimatkan masa kami.
  • Untuk TEMUJANJI YANG TELAH DIBUAT - sila hadirkan diri tepat pada waktu bagi melancarkan jadual temujanji kami dengan pesakit lain pula.  Sekiranya anda terlambat, sila SMS @ hubungi kami untuk makluman segera.
  • Kepada mereka yang "WALK-IN" - anda perlulah bersabar untuk menunggu giliran anda.  Kami perlu utamakan mereka yang telah buat tempahan temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan ketidakpuasan hati pelanggan kami.
  • Kepada mereka yang telah buat TEMUJANJI tapi TERPAKSA MENUNGGU - kami mohon harap maaf kerana pada masa tertentu kami perlukan masa untuk membersihkan peralatan kami yang telah banyak digunakan agar dibasuh dengan bersih dan perlu di UV Sterillizer terlebih dahulu sebelum digunakan semula.  Ini bagi memastikan kebersihan dan mengelakkan jangkitan penyakit atau kuman daripada berlaku.