Wednesday 20 February 2013

SAKIT KEPAL ARTERITIS TEMPORAL

Bagi warga tua yang berusia sekitar 50 tahun ke atas selalunya akan mengalami sakit kepala di bahagian kelapa dan rahang.  Kebanyakkan mereka akan mengalami masalah rabun dan sakit seluruh badan serta demam yang tidak menentu waktu.  Sakit kepala ini selalunya berkaitan dengan penurunan berat badan dan pesakit dinasihatkan untuk dapatkan khidmat nasihat doktor dengan segera sebelum menjadi lebih serius. 

Untuk temujanji rawatan atau pertanyaan sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849.  

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Caj Rawatan Gurah:  RM50/sesi/45 minit @ layari www.rawatanterapigurah.blogspot.com

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

BEKAM KECANTIKAN: BANTU WAJAH KUSAM KEMBALI BERSERI



MINGGUAN WANITA BIL: 1526 PP4404/07/2013(033272)
15 - 21 FEBRUARI 2013 / 04 - 10 RABIULAKHIR 1434 H
KELOLAAN: INTAN ROHAIZAT ZAKARIYA
FOTO: MOHD NASARUDIN TALKAH
LOKASI: PUSAT TERAPI SYIFA, 13B JALAN PLUMPUM Q7/Q, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR

BEKAM KECANTIKAN: Bantu Wajah Kusam Kembali Berseri
Stres, penat, pencemaran dan kesibukkan antara faktor menyebabkan wajah wanita menjadi kusam serta lesu.  Wajah sebegini sedikit sebanyak membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan kurang bersemangat.  Sudah semestinya, ia juga memberi gambaran imej yang tidak begitu baik kepada orang di sekeliling.  Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba bekam kecantikan.  Rawatan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan kesannya amat memuaskan.

Seorang jurubekam wanita di Pusat Terapi Syifa, Noor Faizah Ismail, 33, memberitahu rawatan bekam kecantikan dikatakan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kulit wajah.  Antaranya jerawat, resdung dan wajah yang kusam.  Selain itu, rawatan ini dikatakan amat sesuai dilakukan buat bakal pengantin kerana ia dapat menaikkan seri dan membuatkan wajah lebih bersih menjelang hari bahagia.

"Rawatan ini boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke atas.  Pelanggan dinasihatkan berpuasa satu hingga dua jam sebelum melakukan rawatan.  Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor semaksimum yang boleh dan tubuh dapat fokus sepanjang rawatan.  Pengambilan makanan menyebabkan tubuh kita sibuk menghadam makanan dan mengganggu proses pengeluaran darah kotor.

Ada banyak faktor menyebabkan darah kotor, antaranya pengambilan makanan berlebihan, tabiat makanan tidak sihat seperti suka makanan berminyak, alahan kepada kekacang atau makanan laut, alahan kepada produk kecantikan, stres dan resdung.  Selain rawatan, kami juga memberi informasi agar pelanggan boleh elakkan amalan yang tidak sihat," katanya.

Dalam temubual itu, Noor Faizah atau mesra dengan sapaan Nott menasihati pelanggan mendapatkan rawatan bekam pada hari cuti serperti hujung minggu atau cuti seperti hujung minggu atau cuti panjang.  Katanya, selepas berbekam kesan di bahagian muka pelanggan akan mengambil masa berbeza-beza untuk beransur pulih seperti sediakala.

"Ada yang pulih selepas tiga hingga lima hari, paling lama pun tujuh hari sahaja.  Setiap orang kesannya berbeza mengikut tahap serius masalah yang dihidapi.  Pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman yang berkafein dan mengurangkan pengambilan makanan laut, daging, ayam, belacan, makanan berminyak, bersantan serta bergoreng sekiranya mahu rawatan ini berkesan."

Langkah demi langkah rawatan bekam wajah

Rawatan ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.  Berikut adalah langkah demi langkah rawatan bekam kecantikan wajah.
  1. Wajah pelanggan akan disapukan dengan sedekit minyak zaitun supaya kulit menjadi lembut dan dapat mengelakkan rasa pedih ketika dibekam.
  2. Bahagian muka yang bermasalah akan diletakkan cup bekam yang telah disteril terlebih dahulu.  Cup akan di pam beberapa minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
  3. Cup akan dibuka dan kulit muka dicucuk dengna pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
  4. Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor.  Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara tiga hingga lima minit.  Rarah kotor yang keluar selalunya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih.
  5. Langkah 1 hingga 4 akan diulang sekali lagi bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum.
Apa kata pelanggan (Wan Ashmaliana Wan Abdullah, 27)
..."Saya mengalami masalah kulit wajah berjerawat, selepas melakukan bekam kecantikan kulit beransur licin.  Wajah dan badan juga berasa lebih segar serta ringan.  Saya gembira dengan hasilnya dan akan terus melakukan rawatan bekam."...

Tip
  1. Pelanggan hanya boleh makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam.  Ia bagi merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka dariapda berasa pedih. 
  2. Pelanggan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan bekam.
Kelebihan bekam kecantikan
  1. Menaikkan seri wajah
  2. Mengatasi masalah wajah kusam
  3. Menghilangkan kelesuan
  4. Membantu mengatasi masalah jerawat
  5. Membantu merawat masalah resdung
  6. Dikatakan mampu membuatkan pelanggan lebih fokus kepada pelajaran, kerjaya mahupun rumahtangga.

Monday 11 February 2013

GURAH BAIK UNTUK PELAJAR BERASRAMA


Photo: rawatan gurah untuk budak sekolah yg mengalami masalah resdung, berkahak dan berlendir. Caj rawatan RM50 per sesi. Berminat sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 @ www.rawatanterapigurah@blogspot.com
Semalam saya telah menerima kunjungan kali ke-2 oleh seorang remaja lelaki yang ingin dapatkan rawatan gurah.  Beliau adalah pelajar yang tinggal di asrama.  Beliau telah mengajak ibubapa beliau untuk datang berkunjung ke pusat rawatan kami bersama adik perempuan beliau.  

Kali pertama kunjungan beliau adalah pada bulan Disember 2012.  Beliau turut menggalakkan adik beliau untuk mendapatkan rawatan gurah buat pertama kalinya.  Ini kerana beliau terasa banyak kelegaan terutama di bahagian dada beliau selepas rawatan dulu.  Banyak lendir-lendir dapat dikeluarkan dan masalah resdung seperti bersin semakin kurang.

Pada masa sekarang kebanyakkan pelajar yang tinggal di asrama mudah terkena jangkitan resdung.  Ia mungkin berpunca daripada segi kebersihan, jangkitan kuman, perubahan suhu atau cuaca serta faktor pemakanan di kantin sekolah.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi:-
1. Pn Nott di 019-285 2849 (Section 7, Shah Alam)
2. Pn Fatin di 017-625 3146 (Taman Dato Haron, Jln Klang Lama, PJ)
3. En Kamaruddin di 017-305 2944 (Meru, Klang)
4. En Shazry di 017-403 4940 (Sg Petani, Kedah)

Caj Rawatan Gurah:  RM50/sesi/45 minit 

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Sunday 10 February 2013

SAKIT KEPALA KERANA SELSEMA


Sakit kepala ini selalunya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk terutamanya jika berlaku pengaliran lendir yang berlebihan dari hidung ke dalam fariks.  Ia akan tertumpu pada kawasan tertentu seperti muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat.  Kerap terjadi pada waktu pagi sebelum lendir mengalir keluar dan akan ras tidak selesa dan semakin teruk apabila anda mengalami batuk, bersin atau cuba menggerakkan kepala anda.  Kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap alahan atau mengambil alkohol akan menjadi lagi teruk apabila ada perubahan suhu yang mendadak.  Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Untuk temujanji rawatan atau pertanyaan sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Caj Rawatan Gurah:  RM50/sesi/45 minit  

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

Tuesday 5 February 2013

PUSAT RAWATAN DIBUKA PADA 10 & 11 FEBRUARI 2013 - TAHUN BARU CINA

Ingin dimaklumkan semua Pusat Rawatan kami akan DIBUKA seperti biasa pada hari cuti umum 10 & 11 Februari 2013 (Ahad & Isnin).

Manakala cawangan di Puncak Alam dan Sg Petani akan DITUTUP dari 9 - 12 Februari 2013 (Sabtu-Selasa).  Akan beroperasi seperti biasa semula pada 13 Februari 2013 (Rabu).

Untuk sebarang temujanji sila hubungi kami mengikut cawangan yang dikehendaki.  Adalah diingatkan tidak semua cawangan ada menyediakan semua jenis rawatan.  Sila rujuk jenis-jenis rawatan di setiap alamat cawangan yang disediakan di sebelah kanan blog kami.