Monday 30 September 2013

SURAH AL-MU'AWWIZAT SEMBUHKAN BISA SENGATAN

Sayidina 'Ali r.a. menceritakan, "Nabi mengerjakan solat.  Sedang Baginda sujud, seekor kala jengking menyengat satu jari tangannya.  Bila selesai solat, Baginda berkata, 'Semoga Allah melaknat kala jengking.  Dia tidak pernah menghirau Nabi atau orang lain melainkan disengatnya.'  

Kemudian Nabi minta dibawakan air dan garam.  Baginda memasukkan air dan garam itu ke dalam satu bekas kemudian Baginda menuangnya ke atas jarinya yang disengat tadi.  Sambil menyapunya, Baginda membacakan surah al-Ikhlas dan al-Mu'awwizatain (iaitu surah al-Falaq dan an-Nas) sehingga reda kesakitan akibat sengatan itu."  

(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, no. hadis 2340.  Al-Maktabah asy-Syamilah).  Dalam riwayat Imam ath-Thabarani, disebutkan surah al-Kafirun pada tempat surah al-Ikhlas (Lihat; al-Mu'jam ash-Shaghir, Iman ath-Thabarani, no. hadis 831.  Menurut al-Haitsami, sanadnya hasan.Lih. Faidh al-Qadir, hadis no. 7262).

No comments:

Post a Comment