Friday 4 April 2014

PETUA ELAKKAN MASALAH ALAHAN RESDUNG

Untuk mengatasi masalah alahan resdung cuba amalkan petua-petua berikut:
  1. Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  2. Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
  3. Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  4. Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
  5. Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  6. Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
  7. Selalu basuh barang permainan yang lembut.
  8. Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  9. Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  10. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  11. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  12. Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya. 
Sila hubungi PN NOTT @ 019-285 2849 atau sila rujuk 'CAWANGAN KAMI' untuk temujanji anda.
Caj Rawatan Bekam: RM5 per cup (min 4cup)
Caj Rawatan Gurah: RM50 seorang

No comments:

Post a Comment