Wednesday 2 December 2015

BAGAIMANA RAWATAN GURAH DILAKUKAN?

Image result for berita gurah resdung

Pesakit akan diberikan sekeping risalah berita sedikit pendedahan tentang Rawatan Gurah.  JuruGurah akan memberikan sedikit taklimat ringkas tentang cara rawatan akan dilakukan.

Rawatan Gurah di pusat rawatan kami dilakukan dengan cara memasukkan sedikit cecair rebusan ubat akar kayu ke dalam kiri dan kanan hidung pesakit. Pesakit perlu berbaring sebentar dengan menahan nafas untuk beberapa saat.  Kemudian pesakit perlu menarik nafas sedikit untuk lancarkan ubat di dalam hidung. Apabila sudah terasa seakan pedih seperti tertelan air laut tu bolehlah pesakit bernafas menggunakan mulut dan bangun untuk duduk di kerusi dan meja yang disediakan khas untuk keselesaan semasa rawatan dibuat.  Proses rawatan adalah selama 45minit.  Sekiranya keadaan pesakit teruk dan didapati lendirnya banyak yang keluar di saat akhir waktu rawatan.....masa rawatan akan ditambah lagi 15minit.

Selepas rawatan pesakit dikehendaki basuk muka dan berkumur.  Pesakit akan diberikan sesudu madu dan bekalan ubat untuk dibawa balik.  Taklimat ringkas tentang penggunaan ubat dan pantang larang akan diberikan.  Sedikit tips nasihat tentang rawatan susulan juga akan diberikan.

No comments:

Post a Comment